Jennifer's Body & Papadom

Lamanya tak tengok wayang... Memandangkan baby Syahmi dah nak dekat² masuk sebulan so aku dah ada chance keluar tengok wayang sebab orang rumah pun dah takde masalah dalam pergerakkan hehehe... Minggu lepas aku layan 2 movie di hari yang berlainan... sebab teramat lah boring tiada aktiviti hujung minggu, sabtu lepas aku layan tengok movie seram... Jennifer's Body lakonan Megan Fox (Heroin Transformer) dan pada hari Ahad pulak aku keluar dengan salah seorang blogger yang lama menyepi iaitu encik PJ Selamba dengan menonton filem Papadom... aku review sikit pasal movie² ni...

Jennifer's Body
Jennifer (Megan Fox) dan Needy (Amanda Seyfried) bersahabat baik di sebuah kolej. Sehingga pada suatu malam jeniffer mengajak Needy kesebuah kelab yang akan didatangi sebuah kumpulan indie band baru. Ahli kumpulan indie band tersebut berniat jahat ke atas Jennifer dan cuba untuk menjadikannya korban pemujaan syaitan agar kumpulan mereka lebih dikenali ramai dan popular mengikut kepercayaan karut mereka. Tiba² kelab tersebut terbakar dan Needy terpisah dengan Jennifer kerana dibawah oleh ahli kumpulan tersebut. Sekembalinya Needy kerumah, dia berjumpa Jennifer dan merasakan satu kelainan berlaku. Hari benganti hari... Jennifer telah berganti menjadi seorang blood sucker... Jennifer mencari mangsa lelaki di kolejnya untuk dijadikan makanan agar dapat kelihatan cantik dan bertenaga. Sehinggalah pada suatu hari teman lelaki Needy menjadi mangsa. pergghh!!! cerita ni seram sejuk kalau tengok... aku tengok movie ni sebab aku minat dengan Megan Fox... kalau seram² tu.. hurmm.. takde laa seram sangat sebab aku tengok Megan Fox ni... cute jer walaupun dah jadi blood sucker... heuheuheu... kalau nak tengok dia punya suspen... ah pergi laa tengok sendiri kat pawagam berhampiram... cerita dia memang best dan aku bagi 4/5 bintang!


Papadom (Buat Papa Diseluruh Malaysia)
Movie Papadom ni telah memenangi 4 anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-22 sebelum tayangannya. Dan setelah menyaksikannya sendiri... memang filem ini berhak mendapat anugerah tersebut. Aku jarang tengok wayang melayu, tapi filem Afdlin kali ini memang memberi kelainanan, dimana plot² cerita filem ini mampu membawa satu panggung gelak bersama dan bersedih.. (huhuhu aku sedih jugak woo tapi aku kontrol).
Papadom diilhamkan daripada perjalanan kisah keluarga Afdlin sendiri lantaran kesibukannya membina kerjaya membuatkan masa untuk bersama family dan anak-anak terbatas. Miasara terpisah dengan Ibunya selepas kemalangan jalan raya bersama, dan papanya encik Saadom seorang peniaga berjaya atas kesungguhan, kerajinan dan dedikasi beliau. Sehinggalah dia sedar bahawa anaknya adalah segala-galanya selepas ketiadaan isterinya, dia menjaga Miasara bagai menatang minyak yang penuh sehingga Miasara dewasa dan masuk ke alam Universiti. Mia berasa sungguh terkongkong atas sikap ayahnya dan ingin melanjutkan Kolej di ibukota agar berjauhan dan ingin berdikari. Perjanjian termetri diantara kedua insan ini namun encik Saadom tidak dapat berjauhan dengan anaknya dan sanggup menjadi pekerja landskap di universiti tempat anaknya belajar. Saksikanlah detik² manis... kehidupan sebuah keluarga antara anak dan bapa yang sungguh menyentuh hati dan memberi pengajaran khususnya buat papa² di Malaysia. Memang tak menyesal kalau tengok!!! 5/5 bintang!!!


P/S : Minggu ni aku ngan PJ tunggu movie 2012 pulak. Ada sesiapa nak join???

[...] Baca Sepenuhnya...

Teman Adalah Hadiah


Teman adalah hadiah terindah kurniaan Tuhan buat kita.

Seperti hadiah, ada yang bungkusannya cantik dan ada yang bungkusannya tidak cantik. Yang bungkusannya cantik punya wajah rupawan, atau keperibadian yang menarik. Yang bungkusannya tidak cantik punya wajah biasa saja, atau keperibadian yang biasa saja, atau mungkin buruk.

Seperti hadiah, ada yang isinya bagus dan ada yang isinya jelek. Yang isinya bagus punya jiwa yang begitu indah sehingga kita terpukau ketika berkongsi rasa dengannya, ketika kita tahan menghabiskan waktu berjam-jam, saling bercerita dan menghibur, menangis bersama, dan tertawa bersama. Kita mencintai dia dan dia mencintai kita.

Yang isinya buruk punya jiwa yang terluka. Begitu dalam luka-lukanya sehingga jiwanya tidak mampu lagi mencintai, justeru kerana ia tidak merasakan cinta dalam hidupnya. Sayangnya yang kita dapat darinya seringkali sikap penolakan, dendam, kebencian, iri hati, kesombongan, amarah, dll.

Kita tidak suka dengan jiwa-jiwa semacam ini dan mencuba menghindar dari mereka. Kita tidak tahu bahwa itu semua BUKAN-lah kerana mereka pada dasarnya buruk, tetapi ketidakmampuan jiwanya memberikan cinta kerana dia sebenarnya inginkan cinta kita, simpati kita, kesabaran dan keberanian kita untuk mendengarkan luka-luka dalam yang memasung jiwanya.

Bagaimana boleh kita mengharapkan seseorang yang terluka lututnya berlari bersama kita? Bagaimana boleh kita mengajak seseorang yang takut air berenang bersama? Luka di lututnya dan ketakutan terhadap airlah yang mesti disembuhkan, bukan mencaci mereka kerana mereka tidak mahu berlari atau berenang bersama kita. Mereka tidak akan memberitahu bahawa "lutut" mereka luka atau mereka "takut air", mereka akan beritahu bahwa mereka tidak suka berlari atau mereka akan nyatakan berenang itu membosankan dll. Itulah cara mereka mempertahankan diri.

Mereka akan kata:
"Menari itu tidak menarik"
"Tidak ada yang sesuai denganku"
"Teman-temanku sudah lulus semua"
"Aku ini buruk siapa yang bakal tahan denganku"
"Kisah hidupku membosankan"

Mereka tidak akan kata:
"Aku tidak boleh menari"
"Aku mendambakanmu "
"Aku kesepian"
"Aku ingin diterima"
"Aku ingin diberi perhatian"

Mereka semua hadiah buat kita, tak kira bungkusnya cantik atau buruk, entah isinya bagus atau jelek. Dan jangan tertipu oleh luaran. Hanya ketika kita bertemu jiwa dengan jiwa, kita tahu hadiah sesungguhnya yang sudah disiapkanNya buat kita.

[...] Baca Sepenuhnya...

Teka Teki Lawak

Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Jawapan : LUBANGun pagi², tarik selimut pas tu tido balik.


Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Jawapan : MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M


Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Jawapan : Kuih salah bikin.


Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Jawapan : Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.


Siape yang menemukan dompet kulit?
Jawapan : Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


Kapal layar sedang menuju ke utara.. asap dia menuju kemana?
Jawapan : huhuhu nak kenakan aku.. kapal layar manada asap


Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Jawapan : Pintu yang ade tulis 'TARIK'


Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Jawapan : Pembohong...


Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Jawapan : Usus


Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Jawapan : Kutu rambut


Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Jawapan : Neneknye si katak


Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Jawapan : Sbb lelaki ni kan 'buaya'


Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Jawapan :
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'


Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Jawapan : Dua-dua tak kenal korang...hehe


Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Jawapan : Tukang gali kubur


Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Jawapan : Tahi hidung


Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Jawapan : Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...


Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jawapan : Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...


Gajah terbang dengan ape?
Jawapan : Dengan susah payah......


Hitam dan berpeluh.. Ha.. Aper2??
Jawapan : semut hitam tengah berjogging.. huhuhu


Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan : Seluar dalam ler.. haha


Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan : Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

[...] Baca Sepenuhnya...

Tutorial Random Header


Tutorial ini request daripada miss catlina yang bertanyakan bagaimana untuk membuat header didalam blog bertukar² setiap kali dikunjungi atau di refresh. Dengan menggunakan tutorial kali anda boleh memiliki lebih daripada satu header dimana ianya sentiasa bertukar-tukar. Berikut adalah langkah² untuk membuat random header.

1. Ciptakan lebih daripada satu header dengan ukuran size yang sama seperti contoh di bawah:


(Contoh menggunakan 3 Header berlainan)

2. Upload kedalam image hosting seperti photobucket, imageshack, picasa atau hosting sendiri dan dapatkan link header anda.

contoh link header yang telah di upload:
  1. http://www.buspowersystems.com/sii/siibannerblue.jpg
  2. http://www.buspowersystems.com/sii/siibannerblue2.jpg
  3. http://www.buspowersystems.com/sii/siibannerblue3.jpg

3. Login ke ID Blog atau terus ke Dashboard > Layout > Edit HTML dan cari kod ini
<div id='header'>


4. Copy code dibawah dan paste pada bahagian bawah code <div id='header'>
<script type="text/javascript">
var banner= new Array()
banner[0]="http://www.buspowersystems.com/sii/siibannerblue.jpg"
banner[1]="http://www.buspowersystems.com/sii/siibannerblue2.jpg"
banner[2]="http://www.buspowersystems.com/sii/siibannerblue3.jpg"
var random=Math.floor(3*Math.random());
document.write("<style>");
document.write("#header {");
document.write(' background:url("' + banner[random] + '") no-repeat top left;');
document.write(" }");
document.write("</style>");
</script>

5. Save Template dan lihat hasilnya... (anda buleh refresh blog ini dan melihat header seperti didalm tutorial ini .

TAMBAHAN

var random=Math.floor(3*Math.random()); angka 3 bermaksud bilangan header yang ingin muatkan

anda boleh menambah lebih daripada 3 header yang anda inginkan dengan menambahkan code seperti dibawah :

<script type="text/javascript">
var banner= new Array()
banner[0]="http://link-header1"
banner[1]="http://link-header2"
banner[2]="http://link-header3"
banner[3]="http://link-header4"
banner[4]="http://link-header5"
banner[5]="
http://link-header6"
banner[6]="http://link-header7"
banner[7]="http://link-header8"
banner[8]="http://link-header9"
banner[9]="http://link-header10"
var random=Math.floor(10*Math.random());
document.write("<style>");
document.write("#header {");
document.write(' background:url("' + banner[random] + '") no-repeat top left;');
document.write(" }");
document.write("</style>");
</script>

Selamat Mencuba

[...] Baca Sepenuhnya...


Alpha Lipid Lifeline Kursus Laman Web 2009
 
Powered By Blogger | Portal Design By Trik-tips Blog © 2009 | Edited By : Ady | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top
SES by the team at the degreeadvantage.com online degree website.